Wednesday, July 24, 2013

PRK KUala Besut - Polis Bermotosikal Kawal Trafik

Sebanyak tiga pasukan polis bermotosikal ditubuhkan bagi melancarkan aliran trafik sepanjang proses pengundian dan pengiraan undi hari ini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, langkah berkenaan diambil bagi mengelakkan kesesakan sepanjang proses itu berlangsung. 

Katanya, pasukan ini akan melakukan rondaan sepanjang 41 kilometer persegi melibatkan kawasan pengundian di samping turut menempatkan anggota di setiap persimpangan jalan bagi pastikan tiada kesesakan hari pengundian.

“Selain kawal aliran trafik, polis turut menempatkan anggota mencukupi di setiap kawasan pengundian,” katanya.

Beliau turut menasihati calon dan penyokong parti bertanding supaya bertindak profesional dan jangan mewujudkan halangan di pusat mengundi bertujuan menghalang seseorang untuk mengundi.

“Orang ramai tidak perlu takut untuk keluar mengundi dan saya nasihatkan mereka keluar mengundi lebih awal kerana bimbang faktor cuaca yang tidak menentu membantutkan usaha mereka keluar mengundi,” katanya.


No comments:

Post a Comment