Saturday, July 13, 2013

PRK Kuala Besut: Tengku Zaihan Yakin Pertahankan Kerusi

Mohon restu ayahnya...
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin dapat mempertahankan kerusi berkenaan pada 24 Julai ini. 

"Berdasarkan tinjauan yang sudah dilakukan di beberapa kawasan, saya yakin akan dapat mempertahankan kerusi ini 100 peratus," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jumhuriah, di Kuala Besut, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman Mokhtar mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut apabila menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.30 pagi semalam, dalam keadaan hujan renyai-renyai, penyokong bagi kedua belah parti, Barisan Nasional (BN) dan Pasberpusu-pusu untuk memulakan perarakan penamaan calon.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tiba awal kira-kira jam 8.00 pagi lagi ditemani ayahnya menemui para penyokong BN dan kelihatan bersalam-salaman.

Calon juga kelihatan memeluk ayahnya tanda memohon restu.

No comments:

Post a Comment