Thursday, July 11, 2013

QSR Brands Akan Buka Restoran Drive Thru Pertama Di Terengganu Tahunn Ini

QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd (QBMHSB) akan membuka satu restoran Ayam KFC yang baharu berkonsepkan Drive Thru bertaraf lima bintang dan yang pertama di Terengganu, di Gong Badak di Kuala Terengganu, tahun ini.

Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QBMHSB Roslan Saluddin berkata pastinya pembukaan dan pelaburan QSR Brands Drive Thru itu merupakan pengiktirafan berikutan sokongan berterusan penduduk negeri itu.

Selain itu, katanya ia akan meningkatkan imej bandar Kuala Terengganu setaraf dengan bandar-bandar besar lain, sesuai dengan peningkatan taraf ekonomi dan kehidupan penduduknya yang ketara sekarang," katanya.

Ketika ini, QSR Brands mempunyai 11 cawangan rangkaian Restoran Ayam KFC di seluruh Terengganu manakala Pizza Hut (enam), Pizza Hut Delivery (satu), Kedai Ayamas (satu) dan restoran Rasamas (satu), katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian zakat perniagaan QSR Brands berjumlah RM110,334 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands Sheik Sharufuddin Sheik Mohd telah menyampaikan cek berkenaan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Rozali Salleh.

Beliau berkata produk berasaskan ayam juga boleh didapati di pasaran terbuka seperti pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

Sementara itu, Roslan berkata QBMHSB memerlukan kira-kira 4.0 juta ekor ayam sebulan untuk dipasarkan melalui rangkaian perniagaan di bawah syarikatnya, Restoran Ayam KFC, Pizza Hut, Rasa Mas dan Kedai Ayamas di seluruh negara

Katanya antara 80 peratus dan 85 peratus ayam dikeluarkan oleh penternak kontraknya sendiri di seluruh negara manakala antara 15 peratus dan 20 peratus daripada jumlah itu dibeli daripada pasaran terbuka. 

"Kita memang memerlukan ayam yang banyak serta berkualiti setiap bulan untuk dipasarkan oleh rangkaian kedai dan restoran di bawah QSR Brands di seluruh negara," katanya.

Selain itu, QSR Brands juga merupakan pemilik syarikat pengeluar sos cili, tomato dan pes makanan menggunakan jenama Life.

No comments:

Post a Comment