Friday, July 5, 2013

Undang-Undang Baharu Ganti Ordinan Darurat Yang Dimansuh 2011


Satu rang undang-undang baharu dirangka untuk menggantikan Ordinan Darurat 1969 yang dimansuh pada 2011 dalam usaha mengatasi masalah jenayah khususnya dadah yang semakin berleluasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu.

“Kami akan umumkannya selepas AG (Peguam Negara) menelitinya dan kami juga akan membuat perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Ahli Parlimen,” katanya selepas melawat pusat khidmat Cure and Care di Chow Kit semalam.

Ahmad Zahid berkata, beberapa tindakan penguatkuasaan undang-undang baharu itu adalah lebih baik daripada undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, berikutan pemansuhan Ordinan Darurat 1969, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, rahsia pencerobohan Lahad Datu, Sabah hanya akan diketahui selepas proses tangkapan dan pendakwaan oleh polis selesai.

No comments:

Post a Comment