Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata mereka yang berhasrat bertanding tiga jawatan tertinggi parti dalam pemilihan Oktober perlu memenuhi syarat ditetapkan.
Beliau berkata antara syarat itu ialah telah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama tiga tahun atau satu penggal.
"Ataupun pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi sekali seumur hidup," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya boleh ditandingi oleh anggota Majlis Tertinggi sedia ada.
"Bukan MT sahaja, ia terbuka. Ini adalah kerana ada orang yang tidak pernah melalui proses (dalam kepimpinan) Umno dilantik menjadi menteri dilantik sebagai MT," katanya.
Ketika ditanya mengenai perjalanan mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung, beliau berkata setakat ini semunya berjalan lancar.
Mesyuarat cawangan bermula 15 Julai lepas dan akan berakhir 31 Ogos.
No comments:
Post a Comment