Saturday, August 24, 2013
Alvin, Vivian Hadapi Tiga Pertuduhan, Cabar Kesahihan Akta
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menetapkan 19 September untuk pengurusan kes yang melibatkan penulis blog seks, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee Mei Ling yang berdepan dengan tiga tuduhan berhubung ucapan bak kut teh Ramadan di Facebook dan gambar lucah mereka di blog.
Hakim, Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas peguam, Chong Joo Tian memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan dan keperlembagaan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang meliputi dakwaan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.
Chong berkata, Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh untuk mendengar mengenai perkara itu.
Pada 18 Julai lalu, Tan, 25, dan Lee, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Mereka didakwa memaparkan imej lucah di blog mereka "alviviswingers.tumblr.com" di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini antara 6 dan 7 Julai.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memuat naik kandungan yang mempunyai kemungkinan untuk membangkitkan persengketaan berdasarkan agama di antara mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza di sebuah restoran di Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur, antara 11 dan 12 Julai.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menerbitkan gambar berunsur hasutan dan komen "Selamat Berbuka Puasa (dengan bak kut teh ... wangi, enak, menyelerakan)" yang mengandungi logo halal dan mungkin kenyataan hasutan di Kompleks Mutiara.
No comments:
Post a Comment