Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, semalam.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.
"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.
Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Laporan menyebut, Pemuda UMNO membantah cadangan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar dalam senarai hitam Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata masalah itu sebaliknya perlu ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai mekanisme kutipan daripada peminjam.
Harus diakui PTPTN sememangnya bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya, manakala keperluan memiliki kelulusan adalah penting untuk pembangunan kerjaya dan intelektual anak muda,”
“Kerajaan harus mengutamakan tindakan bersepadu dengan mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.
“Ada banyak mekanisme yang boleh diguna pakai untuk menggesa peminjam yang masih berkeras membayar balik pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.
Ia bertujuan mendisiplinkan mereka, selain menggalakkan budaya pembayaran balik untuk kemudahan pembiayaan pendidikan untuk generasi seterusnya.
CCRIS ialah sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan semua maklumat kredit peminjam mengikut laporan disediakan oleh institusi kewangan.
Individu yang disenarai dalam CCRIS berdepan kesukaran kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan pelbagai urusan berkaitan institusi kewangan.
Menerusi sistem itu, institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta jumlah tunggakan termasuk bilangan bulan, sekali gus mempengaruhi permohonan atau jumlah pinjaman yang akan dibuat.
PTPTN sebelum ini memperkenalkan pelbagai langkah pembayaran semula, termasuk potongan gaji dan pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain itu, peminjam yang berdepan masalah pembayaran dibenarkan menjadualkan semula hutang dengan bayaran serendah RM50 sebulan.
Khairy berkata, PTPTN amat berbeza dengan yang lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana tidak termasuk di bawah kategori pinjaman berasaskan peribadi.
“Harus diakui PTPTN sememangnya bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya, manakala keperluan memiliki kelulusan adalah penting untuk pembangunan kerjaya dan intelektual anak muda,” katanya.
No comments:
Post a Comment