Friday, August 16, 2013

DAP Akan Adakan Pemilihan Semula CEC

DAP akan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Karpal dalam satu kenyataan semalam, berkata perkara itu diputuskan malam Selasa.

CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukanpersiapan bagi pemilihan semula, katanya.


Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh partiberhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas.

No comments:

Post a Comment