Saturday, August 24, 2013

Kedatangan Pelancong Ke Terengganu Meningkat Dalam Tempoh Januari Hingga Jun

Jumlah kedatangan pelancong ke beberapa lokasi pelancongan di negeri ini mencatat peningkatan berganda sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata Tasik Kenyir mencatat 200,055 pelancong dalam tempoh itu berbanding hanya 200,015 untuk tempoh setahun pada 2012.

"Kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian pula mencatat peningkatan 30 peratus iaitu daripada 65,000 pelancong meningkat kepada 80,000 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Terengganu peringkat Antarabangsa di Kuala Terengganu, semalam.



Beliau berkata penganjuran pelbagai aktiviti sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) di beberapa lokasi pelancongan seperti Tasik Kenyir, Kuala Berang dan Pulau Perhentian di Besut mendorong kepada kenaikan jumlah pelancong itu.

Wan Abdul Hakim berkata peningkatan jumlah pelancong itu secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan penduduk setempat.

"Malah dengan adanya TMT 2013 yang merupakan tulang belakang kepada sektor pelancongan ini juga sekaligus dapat membantu masyarakat memperoleh pendapatan yang tinggi," katanya.

No comments:

Post a Comment