Wednesday, August 14, 2013
Isu Alan Tang - Polis Johor Tunggu Laporan SKMM
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semalam, pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijangka diperoleh hari ini untuk melakukan siasatan lanjut terhadap seorang lelaki menggunakan nama Alan Tang yang didakwa menghina agama Islam melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.
Beliau berkata polis setakat ini sudah menerima empat laporan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan dan siasatan segera akan dilakukan bagi membolehkan kertas siasatan lengkap dikemukakan kepada pihak pendakwa raya.
Tang baru-baru ini dilaporkan memuat naik kad ucapan Aidilfitri di laman sosial Facebook dengan memaparkan gambar kepala babi bersama ketupat dan lemang dengan ucapan 'for malay muslim...Selamat hari buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat'.
Tang sebaliknya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta namanya di laman Facebook, sekali gus memfitnahnya menulis status yang menghina Islam.
No comments:
Post a Comment