Wednesday, August 7, 2013

Lihat Anak Bulan Syawal Petang Ini

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri ialah pada petang ini bersamaan 29 Ramadan.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment