Thursday, August 1, 2013

Tidak Perlu Pengganti Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri tidak perlu mencari pengganti bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri kerana yakin timbalannya Mahdi Musa (kanan) mampu menggalas jawatan tersebut.

Jawatan itu sebelum ini dipegang Dr A. Rahman Mokhtar yang sebelum ini ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Menteri Besar turut mengulas wakil rakyat Kuala Besut yang baharu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menurutnya boleh menggalas tugas sebagai wakil rakyat meskipun belum mengangkat sumpah jawatan. 

Pada pilihan raya kecil kerusi DUN Kuala Besut pada 24 Julai, Tengku Zaihan, 37, selaku calon Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.

No comments:

Post a Comment