Thursday, August 1, 2013

Pelajar Terengganu Wakili Malaysia Di Pertandingan Hafaz Al-Quran Di Algeria

Seorang pelajar tahun empat Persijilan Tahfiz Institut Al-Quran Terengganu (IQT), Ikhwan Amin Hidayat, 19, akan mewakili Malaysia pada pertandingan Al-Quran Antarabangsa Algeria yang berlangsung pada 28 Julai hingga 7 Ogos.

Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar IQT, Hanapi Awang @ Sulong berkata, pelajar tersebut dipilih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke pertandingan itu berjudul 'Algerian International Competition For The Glorious Quran 10th Session 2013M/1434H'.

"Alhamdulillah, pelajar ini menyertai pertandingan antarabangsa ini dalam kategori 30 juzuk hafazan Al-Quran.

"Pada awal tahun ini juga Ikhwan Amin menjadi johan dalam pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu dan mendapat saguhati dalam pertandingan Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan juga dalam kategori 30 juzuk," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment