Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh rakyat Terengganu, terutama kepada penduduk Dun Wakaf Mempelam yang beliau wakili dan kawasan Kuala Terengganu, di mana beliau memegang amanah sebagai Yang DiPertua PAS.
Beliau memberikan pesanan khusus kepada anak-anak Terengganu di perantau, agar berhati-hati di jalanraya ketika pulang ke kampung halaman.
“Khususnya anak-anak Terengganu di perantauan yang akan pulang berhari raya bersama keluarga, saya menasihatkan agar berhati-hati ketika memandu, ramai yang akan pulang, jalanraya sibuk, letih berpuasa……. saya harap dapat memandu dengan cemat,”ujarnya.
Selain Wahid, beberapa pemimpin utama PAS Terengganu, termasuk wakil-wakil rakyat, mengambil kesempatan memberikan ucapan selamat hari raya melalui rakaman video yang kini disiarkan di you-tube, Terengganukini Channel.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak dalam ucapannya, menyarankan hari raya pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal, menggesa kerajaan negeri melaksanakan undang-undang syariat yang telah di luluskan oleh kerajaan PAS pada tahun 2002 bagi menyelesaikan masalah jenayah yang meruncing masa kini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam yang berjaya melalui Ramadhan pada tahun ini.
Beliau menyarankan, ibadat Ramadhan diteruskan dalam kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri dengan merayakannya dengan ‘ibadah mereka" yang bertaqwa kepada Allah (setelah menempuh Ramadan) layak lah mereka menyambut hari raya eidul fitri dan pesanan saya mulakan perjalanan (pulang ke kampung) dengan doa, semoga selamat sampai dan selamat kembali,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment