Orang ramai yang mencuri telur penyu di kawasan rizab kerajaan boleh dihukum denda maksimun RM3,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Enakmen Penyu Negeri Terengganu 1995 (pindaan 1987).
Pengurus Pusat Konvervasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Terengganu, Abd. Halim Mat Nor berkata, orang ramai diminta tidak berbuat demikian kerana ia menganggu usaha kerajaan membiak penyu yang semakin pupus.
“Kita dapat mengesan beberapa kes kecurian dan ada pihak mencuri telur penyu ditempat dieramkan seperti di PKPP di negeri ini,” katanya.
Beliau juga meminta orang ramai tidak menganggu penyu bertelur di pantai bagi menggalakkan penyu berkenaan mendarat di pantai terutama pada musim bertelur sekitar April hingga September setiap tahun.
Katanya, setakat ini pihaknya berjaya mengeramkan hampir 180,000 telur penyu agar di kawasan rizab kerajaan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment