Monday, August 12, 2013

T-Team Dapat Jurulatih Baharu Hadapi Piala Malaysia

T-Team akan memulakan pusingan pertama Piala Malaysia dengan Felda United pada 20 Ogos ini diikuti Johor Darul Takzim (Johor DT) dan PKNS.

Kelab T-Team akan melantik seorang sebagai jurulatih bagi membantu ketua jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor mempersiapkan pasukan dalam kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

Penolong Pengurus pasukan, Mohammad Sekanther Hamid berkata, jurulatih berkenaan merupakan bekas pemain Terengganu dan berasal dari Selangor.

"Kita tidak boleh mengumumkan nama calon itu sehingga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan lesen kejurulatihan kepadanya," katanya di Kuala Terenggaanu, semalam.

Beliau berkata, pihak pengurusan yakin pasukan itu lebih menonjol dalam menghadapi kempen Piala Malaysia dengan kehadiran jurulatih baharu itu.

No comments:

Post a Comment