Sunday, August 25, 2013

Terengganu Terus Dirundung Malang, T-Team DiKecewakan PKNS Di Laman Sendiri


Terenggau kecundang lagi.

Kali ini di Kota Bharu selepas juara bertahan Kelantan berjaya menghidupkan semula peluang mengalahkan jiran mereka, Terengganu, 2-0.

Kedua-duanya bermaain dalam aksi kedua kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam semalam.

T-Team pula kalah mengejut dalam saingan kumpulan B dengan Selangor PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. PKNS mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahkan T-Team 1-0 menerusi gol Roman Chmelo pada minit ke-33.


Bagi Kelantanm selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Pahang Selasa lepas, skuad 'The Red Warriors' bangkit mencatatkan kemenangan berharga menerusi jaringan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme pada minit ke-10 dan Zairo Anuar Zailani pada minit ke-73.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Pahang mengecewakan tuan rumah Negeri Sembilan 5-3 dalam perlawanan kumpulan C. Lima gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-23, R.Gopinathan (51', 66'), Matias Ruben Conti (62') dan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-82. S.Sivanesan pula menjaringkan hatrik untuk pasukan tuan rumah menerusi gol masing-masing pada minit ke-48, 73 dan 76.

Dalam saingan kumpulan A, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Sime Darby FC pada aksi pertama dengan menundukkan Selangor, 3-2 di Stadium Shah Alam. 

Tiga gol skuad 'The Gladiators' dijaringkan oleh kapten pasukan, Hairuddin Omar pada minit ke-14, Mohd Fitri Omar (40') dan Christie Jayaselan pada minit ke-46 manakala dua gol Selangor disumbangkan oleh Mohd Amri Yahyah pada minit ke-29 dan S. Kunanlan pada minit-minit terakhir perlawanan.

Satu lagi saingan kumpulan itu menyaksikan Johor FA mengejutkan pasukan tuan rumah, Sime Darby FC 2-1 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Penyerang berbisa Karlo Primorac membuka tirai jaringan pada minit ke-13 sebelum Khairul Ismail menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi sepakan percuma sebelum diperintah keluar padang, lima minit kemudian selepas menampan bola menggunakan tangan.

Md Ridwan Moya bagaimanapun muncul wira Johor FA menerusi gol kemenangan pada minit ke-49. Turut mencatatkan kemenangan dalam kumpulan itu ialah Johor Darul Takzim (Johor DT) yang menumpaskan Felda United FC menerusi gol tunggal Mohd Safee Sali minit ke-72 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pada aksi yang menemukan dua juara, Sarawak, yang muncul juara Liga Perdana musim ini, menumpaskan pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII, 2-1 pada perlawanan kumpulan D di Stadium Negeri, Kuching.

Pemain Lions XII, Shakir Hamzah 'menghadiahkan' gol pertama untuk Sarawak dengan gol sendiri pada minit ke-11 dan Joseph Kalang Tie menggandakan jaringan untuk skuad 'Ngap Sayot' menerusi sepakan penalti pada minit ke-71.

Lions XII merapatkan defisit jaringan menerusi Muhammad Safuwan Baharudin pada minit ke-76. Terdahulu, Lions XII terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-69 selepas Muhammad Shahfiq Ghani dilayangkan kad merah oleh pengadil, Syed Azhar Syed Kamar selepas mengasari Muammer Salibasic di dalam kotak penalti.

Dalam satu lagi aksi kumpulan D, Kedah dan Perak terikat seri 1-1 di Stadium Darul Aman dengan Khairul Asyraf Sahizah menjaringkan gol pendahuluan untuk Perak pada minit ke-58 sebelum Alen Guc menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan.

No comments:

Post a Comment