Tuesday, August 20, 2013

Terima Keputusan Pemilihan Pimpinan Umno Terengganu Dengan Baik



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berharap anggota parti yang bertanding pada pemilihan peringkat cawangan dan bahagian Umno di negeri ini menerima keputusan dengan fikiran terbuka.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, apabila seseorang anggota parti itu bertanding, beliau perlu bersedia untuk menerima kemenangan atau kekalahan dan tidak menjadikannya sebagai punca perpecahan, merajuk dan sebagainya.

"Perlu menerima keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dan apa yang kita harapkan selepas ini (pemilihan), kita perlu memperkukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka hari raya di kediamannya di Teluk Kalong kelmarin.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung pelbagai kaum itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

 Di Terengganu terdapat 1,080 cawangan Umno daripada lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

No comments:

Post a Comment