Talaha (kanan) ketika turun padang menjayakan Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, kelmarin. |
Yang Dipertua MDHT, Talaha Ali berkata, ia terbukti apabila jumlah hasil diterima menunjukkan peningkatan lebih RM300,000 untuk Januari hingga Julai 2013, berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan perkembangan positif.
“MDHT telah kenal pasti kira-kira 70 individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan sewa atau cukai tafsiran dan kita telah panggil mereka secara personal.
Pendekatan secara duduk semeja ini telah dimulakan awal tahun ini dan ternyata ia berhasil.
“Malah, MDHT turut memberikan potongan 10 peratus kepada mereka yang dapat menjelaskan tunggakan sekali gus.
Oleh itu, kita harapkan agar semua individu, syarikat ataupun pemilik premis perniagaan dapat tunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.
“Pembayaran hasil ini juga sebenarnya akan kembali digunakan MDHT untuk laksanakan pelbagai projek pembangunan dirancang khususnya dalam kawasan operasi MDHT di Kuala Berang serta Ajil dan ia akan berikan manfaat kepada komuniti juga,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam perkembangan berlainan, Talaha kesal dengan sikap segelintir penunggang motosikal yang seolah-olah memandang sepi kemudahan parkir berkunci disediakan MDHT, sedangkan ia adalah salah satu langkah untuk mengelakkan jenayah curi motosikal.
“Sebagai pihak berkuasa tempatan, MDHT telah sediakan kira-kira 60 lot parkir berkunci untuk motosikal, namun mengecewakan apabila ramai tidak menggunakannya.
Malah, mereka juga turut tidak gunakan kunci tambahan pada motosikal masing-masing. “Kita dalam usaha mewujudkan Kuala Berang sebagai bandar selamat dan setiap individu perlu turut sama memainkan peranan, bukannya memberi peluang untuk berlakunya kejadian jenayah.
Kemudahan disediakan perlulah dimanfaatkan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment