Friday, September 20, 2013

276 Borang Pencalonan UMNO Pusat Dikeluarkan Setakat Ini

Ibu pejabat UMNO mengeluarkan sejumlah 276 borang pencalonan bagi jawatan-jawatan di peringkat pusat setakat jam 5 petang semalam.

Jurucakap Sekretariat UMNO berkata, sejumlah 86 borang pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) sudah dikeluarkan termasuk 16 borang hari ini. Bagi jawatan Exco Wanita pula, sebanyak 53 borang dikeluarkan manakala Pemuda (102) dan Puteri (35).

"Sehingga jam 5 petang ini, borang pencalonan yang dikeluarkan bagi Wanita ialah 10, Pemuda (16) dan Puteri (6)," katanya dalam kenyataan kepada Bernama semalam.

Borang pendaftaran pencalonan mula diedarkan Sabtu lepas dan tarikh akhir untuk mengambil borang pencalonan ialah pada pukul 4 petang esok. Mereka yang berminat bertanding pada pemilihan parti Oktober ini perlu menyerahkan borang pencalonan yang lengkap pada Sabtu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Oktober.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat Bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober. Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember.

No comments:

Post a Comment