Monday, September 23, 2013

Ahmad Shabery Dan Idris Jusoh Wakili Terengganu Bagi Pemilihan Jawatan MT Umno

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan penyandang Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh akan mewakili Terengganu untuk bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti bulan depan

 Perkara itu diumum oleh Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan Umno Terengganu Datuk Muda Mamat di Pejabat Umno negeri selepas selesai proses pengiraan borang pencalonan.

Sementara itu, jawatankuasa pemilihan Umno Negeri menerima 1,567 borang melibatkan pertandingan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. "Ia melibatkan 601 borang untuk pertandingan jawatankuasa bahagian, 311 untuk Wanita, Pemuda 399 borang dan Puteri 256 borang," kata Muda.

No comments:

Post a Comment