Saturday, September 14, 2013

Banjiri Stadium Darul Makmur Untuk Beri Sokongan Padu Kepada Skuad Malaysia


Peminat bola sepak tempatan diminta membanjiri Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini  bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara yang akan menentang Myanmar dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap penurunan harga tiket, menjadi faktor menarik lebih ramai penyokong ke stadium untuk perlawanan akhir itu salain prestasi baik skuad negara yang menang kesemua tiga perlawanan pusingan awal.

Harga tiket untuk final ialah RM20 untuk tempat duduk bebas dan RM50 untuk grandstand.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan program 'Walk 4 Malaysia' di Kuala Lumpur.

Sebelum ini katanya penyokong mendakwa harga tiket yang terlalu mahal menyebabkan tidak ramai yang menonton kejohanan itu yang bermula Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Khairy mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengkaji semula harga tiket pada mana-mana kejohanan supaya segenap lapisan penyokong tanpa mengira umur mampu membeli tiket.

No comments:

Post a Comment