Sunday, September 29, 2013

Bertindaklah Terhadap Penyebar Khabar Angin Yang Menggusarkan Rakyat


Sudah-sudahlah beri amaran. Jangan sekadar tegur.

Kerajaan perlu bertindak terhadap penyebar khabar angin yang menyebabkan rakyat bimbang.

Malah, berita palsu seperti in boleh menyebabkan rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada kerajaan. Jika asyik beri amaran dan tegur sahaja, ada orang yang tidak akan takut kepada perbuatan menyebarkan khabar angin.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa spekulasi kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol RON 95 adalah tidak benar.

"Saya boleh sahkan, tiada kenaikan (harga minyak). Siapa juga yang menyebarkan maklumat ini, ia tidak benar.

"Kerajaan tidak pernah membuat keputusan berhubung perkara ini, Kabinet juga tidak pernah membincangkan mengenai perkara ini.

Oleh itu harganya kekal, tiada kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri stimulasi pemilihan Umno di Janda Baik semalam.

Beliau turut menegur pihak yang menyebarkan khabar angin sedemikian.

Awal bulan ini, harga minyak petrol naik sebanyak 20 sen daripada RM1.90 kepada RM2.10 sementara diesel pula naik daripada RM1.80 kepada RM2.00 seliter. Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

No comments:

Post a Comment