Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim (kanan) memeriksa dokumen awak-awak yang ditahan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Chendering di Kuala Terengganu, semalam.
|
Kesemua bot terbabit yang didaftarkan di Pahang ditahan kira-kira enam batu nautika dari Pulau Kapas, kata Pengarah Perikanan Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim.
Dalam operasi pukul 12 tengah malam itu, 36 nelayan warga Thailand dan seorang tekong dari Selangor ditahan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya ada antara bot yang ditahan itu pernah ditangkap kerana melakukan kesalahan sama. "Operasi dijalankan selama dua jam bermula 10 malam hasil aduan nelayan tempatan," katanya.
Abdul Khalil berkata antara kawasan yang sering diceroboh ialah di Marang, Merchang serta Pulau Kapas dan pihaknya akan menjalankan operasi berterusan bagi membanteras kegiatan itu.
"Pihak kami memandang serius perkara ini kerana selain menjejaskan pendapatan nelayan mereka juga telah melanggar syarat lesen (Zon C) memukat ikan bawah 12 batu nautika dari pantai," katanya.
Kesemua nelayan terbabit yang berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan reman 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, manakala hasil tangkapan pula akan dilelong, katanya.
Sementara wakil nelayan Awang Omar, 63, berkata pencerobohan bot pukat tunda semakin berleluasa terutama di Pulau Kapas.
"Bot ini melakukan aktiviti menunda ikan pada waktu malam dan sejak tiga bulan lalu hampir 400 unjam yang dibuat oleh nelayan pesisir pantai rosak akibat aktiviti tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment