Monday, September 16, 2013

Fama Sudah Bersedia Hadapi Kemungkinan Lambakan Duku Di Terengganu

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) sudah bersedia menghadapi kemungkinan lambakan buah duku di Terengganu yang dijangka memasuki pasaran hujung bulan ini.

Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Fama Ab Razak Ab Majid berkata antara persediaan yang dilakukan ialah mengatur pasaran di Lembah Klang untuk menerima lambakan itu.

"Saya jangka buah duku akan banyak dikeluarkan di Terengganu dan sekarang Fama sudah mula membeli buah berkenaan dari daerah Besut dan Setiu," katanya Kuala Terengganu, semalam.

Beliau juga meminta pemilik dusun duku yang mempunyai masalah memasarkan hasil dusun mereka agar menghubungi Fama.

"Maklumkan lokasi kebun dan bila tiba masa buah dipetik Fama akan datang sendiri ke kebun untuk membeli buah duku terbabit," katanya.

Menurut Ab Razak setakat ini harga buah itu di Terengganu masih stabil antara RM1.50 dan RM2 sekilogram.

No comments:

Post a Comment