
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa yang berumur 57 tahun baru selesai berurusan di pejabat pos itu dan memasuki keretanya untuk beredar.
"Tiba-tiba datang seorang lelaki yang terus membuka pintu sebelah kiri tempat duduk pemandu dan melarikan beg tangan mangsa.
"Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedang menanti tidak jauh dari situ," katanya.
Mangsa melaporkan kehilangan wang tunai RM5,000, seutas gelang berlian, seutas gelang emas, tujuh bentuk cincin emas dan berlian, seutas rantai emas, dua pasang subang emas, sebentuk butang baju emas, sebuah telefon bimbit dan dokumen-dokumen penting.
No comments:
Post a Comment