Thursday, September 12, 2013

Idris Jusoh Minta Mereka Yang Keliru Dengan PBS Dapatkan Penjelasan

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta pihak yang masih keliru dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), terutamanya ibu bapa, agar mendapatkan penjelasan daripada sekolah atau pejabat pendidikan.

Ini kerana katanya PBS dilaksana oleh kementerian itu bagi meningkatkan prestasi murid yang selama ini dikatakan terkongkong dengan sistem penilaian berasaskan peperiksaan.

"Kalau dulu kata terlalu mengeluh tentang peperiksaan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak dengan tuduhan-tuduhan negatif tetapi sekarang kerajaan sudah lakukan pembaharuan maka ianya sepatutnya diterima," katanya kepada pemberita, di Jerteh, Isnin lalu.

Beliau juga meminta segelintir guru yang dikatakan mempertikai pelaksanaan PBS supaya menghentikan perbuatan itu dan berusaha melaksanakan PBS sebaik mungkin demi kebaikan pelajar sendiri.

Idris sebelum itu merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2013 (iCON 2013) anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri Terengganu

 Mengenai tadika pula, Idris berkata setakat ini pemantauan kementerian mendapati semua kelas tadika, baik yang dijalankan oleh agensi kerajaan mahupun pihak swasta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment