Saturday, September 14, 2013

Maklumat Akaun Bank - Tindakan AMK Lapor Polis Sekat JMM Ekori Anwar


Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ekoran hasrat mereka mahu mengunjungi rumah Datuk Seri Anwar bagi mendesak beliau membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun banknya

NGO yang diketuai Azwanddin Hamzah itu dilapor mahu mengekori Anwar di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang sekiranya gagal mendapatkan tandatangannya berhubung maklumat akaun bank beliau itu.

Maklumat bank itu adalah berhubung dakwaan oleh bekas calon BN Permatang Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi DAP Karpal Singh menerima bayaran guaman RM50 juta dari Anwar untuk merasuah hakim.

Kelmarin,  Pengerusi JMM,  Azwanddin Hamzah berkata NGO itu akan mengunjungi rumah Datuk Seri Anwar untuk mendesak agar ketua umum PKR itu membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun bank ketua pembangkang itu.

Azwanddin dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata NGO berkenaan akan mengunjungi rumah Anwar esok bagi mendapatkan tandatangan Anwar berhubung maklumat akaun bank Anwar itu.

Maklumat bank tersebut adalah berhubung dakwaan oleh bekas calon BN untuk kawasan parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi DAP Karpal Singh menerima bayaran guaman RM50 juta dari Anwar untuk merasuah hakim.

Azwanddin berkata, usaha tersebut akan terus dilakukan di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang itu sekiranya gagal mendapatkan tandatangan Anwar esok (semalam).

"Kami akan ke mana sahaja yang dihadiri Anwar termasuk di Parlimen, ceramah-ceramah, di rumah malah sehingga Amerika Syarikat sekalipun sehingga beliau sanggup menandatangani surat itu. "Saya bersedia menjadi despatch (budak penghantar surat) kepada Anwar kerana dangan cara ini sahaja dapat memastikan beliau menandatangani surat kebenaran itu selepas banyak desakan sebelum ini tidak menampakkan hasil," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.


Anwar pada awal bulan lalu membuat laporan polis terhadap dakwaan Mazlan bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, pengerusi DAP Karpal Singh – yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didakwa Mazlan.

Laporan Utusan kelmarin menyebut, JMM telah menyediakan surat rasmi kepada gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun itu didedahkan kepada media yang kini hanya memerlukan tandatangan Anwar.

Dalam laporan polisnya Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip menyifatkan tindakan NGO itu "mengganggu ketenteraman dan satu bentuk ugutan keselamatan dan keselesaan" kepada Anwar dan keluarganya. "... serta telah menimbulkan kecurigaan orang awam terutama jiran tetangga kawasan perumahan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Bukit Segambut terhadap motif sebenar pihak NGO berkenaan yang mahu mengikut gerak geri DSAI," laporan polis itu dipetik. Sehubungan itu, Rozan berharap polis dapat "menyiasat, memantau, menasihati atau mengambil tindakan" berdasarkan undang-undang bagi menghalang tindakan NGO terbabit atau mana-mana pihak yang dilihat tidak menghormati hak privasi beliau dan keluarganya.

"Ini apatah lagi dalam mengambil kira status DSAI sebagi seorang ahli parlimen dan ketua pembangkang parlimen Malaysia," katanya dalam laporan polis itu yang dibuat pada 12.58 tengah malam tadi di Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya semalam Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pula menyifatkan tindakan JMM itu sebagai "desperado, kacau ganggu dan tidak produktif".

"Tatkala negara hangat membincangkan ekonomi meruncing, harga minyak dan barangan yang meningkat, dan rasuah yang kronik, pihak-pihak sebegini sibuk dengan sandiwara yang sebenarnya bertujuan mempromosikan diri sendiri di ambang pemilihan Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment