Monday, September 9, 2013

Pasar Tani Khas Sempena Aidilfitri Di Terengganu Catat Jualan Hampir RM1 Juta

Pasar tani khas sempena Aidilfitri yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu bulan lepas, mencatat nilai jualan hampir RM1 juta, untuk jualan satu hari di enam lokasi pasar tani di seluruh Terengganu.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata pasar tani Padang Hiliran di sini mencatatkan jualan tertinggi iaitu hampir RM450,000, diikuti pasar tani Kerteh (RM110,000) Jertih (RM97,814), Kuala Besut (RM73,650), Cukai (RM52,803) dan Kuala Berang (RM33,000).

Hasan berkata pasar tani Padang Hiliran mengadakan jualan pasar tani khas selama empat hari bermula 4 Ogos manakala pasar-pasar tani seperti Kerteh, Cukai, Jertih, Kuala Besut dan Kuala Berang, cuma sehari 

"Objektif pasar tani khas itu ialah untuk menjimatkan belanja dapur di samping memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan pada harga lebih murah di saat-saat akhir.

"Ayam proses dan ikan merupakan antara jualan komoditi terpilih yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pasar biasa menerusi program jimat belanja dapur itu," katanya di Kuala Terengganu, Khamis.

"Harga ayam proses dan ikan rakyat (pelaling, cencaru dan selayang) rendah daripada harga di pasar biasa iaitu antara 5 dan 10 peratus," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata nilai jualan pasar tani di Terengganu dari Januari hingga Ogos lepas meningkat kepada RM17.9 juta membabitkan 19 pasar tani yang dibuka setakat ini.

No comments:

Post a Comment