Kegembiraan tiga pelajar sekolah mandi di sebatang Sungai di Kampung Rajawali, Pulau Serai di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, mangsa Muhammad Aizuddin Jafri, 12, bersama adik dan seorang lagi rakannya mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Menurut Ahmad Zailani, adik mangsa Muhammad Amsyaakhir, 9, dan seorang rakannya Safuan Fahmi, 12, dikatakan mandi di tepi sungai sementara mangsa dikatakan berenang ke tengah sebelum lemas.
“Ketika sedang mandi mangsa melambai-lambai tangan meminta pertolongan daripada adik dan rakannya namun hanya disedari tiga kanak-kanak lain yang memancing kira-kira 200 meter dari tempat kejadian lalu memaklumkan kepada seorang nelayan,” kata Ahmad Zailani.
Tambah Ahmad Zailani, nelayan terbabit yang sedang menjahit pukat di atas bot, kemudiannya berenang ke tengah sungai untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke permukaan air lalu membawanya ke Hospital Dungun.
Kata Ahmad Zailani, pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai itu bagaimanapun dikatakan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.
No comments:
Post a Comment