Saturday, September 28, 2013

Penduduk Pulau Perhentian Akan Dapat Bekalan Elektrik 24 Jam

Impian penduduk Pulau Perhentian untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 akan menjadi kenyataan apabila kerajaan akan menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk pusat Pelancongan Pulau Perhentian.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tender untuk kerja menyalurkan bekalan dari darat ke pulau itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan memberi perhatian serius terhadap permintaan penduduk pulau itu untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam kerana pulau itu menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. 

Menurutnya,bekalan elektrik di pulau akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk pulau sebahagian besarnya nelayan.

Selain itu,katanya, pengusaha chalet juga turut menghadapi masalah bekalan elektrik menyebabkan pengusaha terbabit terpaksa menggunakan generator sendiri untuk mendapatkan bekalan tenaga.

Beliau juga mengingatkan pengguna elektrik diminta tidak mempercayai kabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononya Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengenakan caj baru bagi tarif bekalan elektrik tidak lama lagi

Katanya, dakwaan kononya TNB akan menaikakn kadar baru elektrik kepada pengguna adalah tidak benar dan berniat jahat. Beliau berkata, kementerian belum menerima apa-apa cadangan daripada TNB mengenai cadangan mengenakan caj baru bekalan elektrik berikutan kenaikan harga petrol baru-baru ini.

“Jika ada sekalipun sudah tentu kerajaan akan meneliti cadangan itu sebelum membenarkan pihak terbabit mengenakan caj baru,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Teganukita

No comments:

Post a Comment