Sunday, September 8, 2013

Polis Kenal Pasti Sebuah Pertubuhan Haram Tidak Aktif Wujud di Terengganu

Polis Terengganu mengenal pasti sebuah pertubuhan haram wujud di negeri ini tetapi tidak aktif apabila kebanyakan anggotanya keluar dari pertubuhan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, bagaimanapun polis masih memantau dan mendekati anggota pertubuhan terbabit bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala jenayah di negeri ini.

"Setakat ini pihak polis tiada maklumat berhubung kumpulan berkenaan terlibat dalam jenayah kongsi gelap mahupun gengster yang berleluasa kini.

"Kita telah mengenal pasti kumpulan ini dan kita juga dapati kebanyakan ahli kumpulan berkenaan telah menyertai badan amal dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya kepada pemberita di Teerengganu, kelmarin.

No comments:

Post a Comment