Thursday, September 12, 2013

Saya Hanya Beri Arahan Untuk Lakukan Perkara Yang Sah - Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah di sisi undang-undang ketika menyandang jawatan perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

"Saya tidak pernah memberikan arahan untuk melakukan perkara yang tidak sah. Saya hanya memberikan arahan untuk melakukan perkara yang sah," katanya semasa ditermui pemberita selepas memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.

Banyak pihak mendakwa pengeluaran kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada 1980-an diarahkan oleh Dr Mahathir, dakwaan yang dinafikan beliau semasa memberi keterangan kepada suruhajaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Dr Mahathir berkata: "Orang yang layak menjadi warganegara (Malaysia) boleh menjadi warganegara." 

Mengenai prosiding semalam, beliau lega dapat menjawab semua soalan diajukan kepadanya. "Prosiding berjalan lancar. Semua soalan adalah munasabah," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir menafikan yang beliau terlibat dalam projek kad pengenalan (IC) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau yang merupakan saksi ke-209 berkata demikian dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah di Mahkamah Tinggi semalam.

Dalam keterangan yang diberikan, Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya kad pengenalan diberikan kepada PATI.

No comments:

Post a Comment