Monday, September 16, 2013

Separuh Jakarta Diramal Tenggelam Pada 2030


Majlis Kebangsaan Bagi Perubahan Iklim Indonesia (DNPI) meramalkan bahawa separuh daripada Jakarta akan tenggelam menjelang 2030 berikutan fenomena pemanasan global.

Pengerusi DNPI, Rachmat Witoelar, berkata pemanasan global boleh menyebabkan paras air air laut meningkat dengan pantas. Jika kita biarkan masalah ini berlaku, separuh daripada Jakarta, terutama Ancol, akan ditenggelami air”.

 “Jika kita tidak mengambil sebarang tindakan dan membiarkan masalah ini berlaku, separuh daripada Jakarta, terutama kawasan seperti Ancol, akan ditenggelami air,” katanya.

Rachmat berkata beberapa langkah perlu diambil bagi mencari jalan menangani kesan daripada perubahan iklim.

Perubahan ketara Beliau berkata, bandar besar seperti Jakarta sendiri sebenarnya menyumbang kepada perubahan alam sekitar yang ketara disebabkan pembuangan sampah-sarap yang tidak teratur, pencemaran udara daripada kenderaan, aktiviti penebangan pokok dan kekurangan kawasan hijau berikutan pembangunan.

Rachmat berkata, kerajaan melalui DNPI meneruskan usaha untuk menangani kesan daripada perubahan iklim. Terbaru, DNPI melancarkan buku berjudul Perubahan Iklim dan Cabarannya Ke atas Tamadun Negara.

“Indonesia sudah membincangkan usaha meningkatkan keadaan perubahan persekitaran global yang mempunyai kaitan dengan persekitaran dalam negara.

“Indonesia mengesahkan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada 23 Ogos 1994.

Sebagai anggota yang aktif, Indonesia memainkan peranan penting untuk menangani krisis alam sekitar,” katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Nafsiah Mboi, menggesa orang ramai meningkatkan kesedaran peribadi terhadap masalah alam sekitar dan perubahan iklim kerana masalah ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

No comments:

Post a Comment