Wednesday, September 18, 2013

SPRM Siasat Bekas ADUN Kes Dana 1Azam


Seorang bekas setiausaha politik kepada seorang ahli politik terkemuka Umno ditahan Jumaat lalu untuk disiasat berhubung tuduhan menyalahguna dana kerajaan menerusi program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin). 

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan tersebut, dan turut mengakui bahawa individu berkenaan juga adalah bekas ADUN dan bekas pemimpin pelajar.

"SPRM mengesahkan penahanan individu tersebut untuk tujuan membantu siasatan. Beliau dibebaskan pagi ini selepas keterangannya dirakam," kata pegawai yang enggan dinamakan itu.

Menurut sumber SPRM, penahanan itu dibuat susulan maklumat orang ramai.

Dipercayai beberapa kenderaan mewah milik individu tersebut turut dirampas SPRM.

Program 1Azam adalah program perintis yang merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diusahakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dana diuruskan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Progam 1Azam yang mensasarkan golongan miskinn tegar direka untuk menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.

No comments:

Post a Comment