Seramai 21,694 orang perwakilan Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri akan membuat penentuan pemimpin masing-masing pada 12 dan 19 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu, Dato’ Haji Muda Mamat berkata, 12 Oktober adalah mesyuarat perwakilan sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri manakala 19 Oktober akan diadakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian.
Daripada jumlah itu seramai 7,938 orang perwakilan bahagian, perwakilan Wanita 5,098 orang, Pemuda 4,927 dan Puteri 3,731 orang,” katanya kepada pemberita di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu semalam.
Katanya, mesyuarat perwakilan diadakan di bahagian masing-masing dan dijangka bermula serentak jam 8.30 pagi dikuti proses pengudian akan bermula selepas itu.
“Setiap bahagian dibuka empat saluran mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi keselesaan perwakilan membuang undi,” katanya.
Katanya, semua keperluan dan kelengkapan logistik akan dihantar kebahagian masing-masing sehari sebelum hari pembuangan undi.
“Proses membilang undi akan diadakan di bahagian masing-masing sebaik selesai perwakilan membuang undi dan keputusan dijangka dapat diketahui paling awal jam 8 malam,” katanya.
No comments:
Post a Comment