Saturday, October 5, 2013

'BBQ' Pertandingan Kuda Lasak Meriah


Kira-kira 500 peserta Pertandingan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2013 dan tetamu jemputan hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan peserta pertandingan itu di Lembah Bidong malam semalam.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada  Kumpulan Sutra.

Penyampaian replika cek sumbangan pertandingan daripada  beberapa agensi kerajaan dan swasta kepada Menteri besar turut diadakan.



Selepas menikmati makan malam, Menteri Besar sempat bergambar kenangan bersama peserta pertandingan sebelum majlis berakhir.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Rakyat,  Zubir Embong, dua exco kerajaan negeri, Rozi Mamat dan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Pegawai Daerah Setiu dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Teganukita

Menteri Besar menerima sumbangan cek

No comments:

Post a Comment