Wednesday, October 2, 2013

Beg Bertulis 'Bahaya' Atas Jalan Cetus Tanda Tanya

Robot wheel barrow digunakan bagi mengesan bahan letupan di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di hadapan Menara Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu semalam. 
Penemuan sebuah beg bimbit yang bertulis perkataan bahaya di hadapan Menara Yayasan Islam Terengganu berdekatan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, semalam menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Perunding insurans, A. Munusamy, 57, berkata, dia menyedari beg itu pada pukul 11.30 pagi ketika mahu pulang ke pejabatnya selepas selesai sarapan pagi di sebuah restoran berhampiran.

"Saya nampak beg itu berada di tengah jalan dan terdapat label bahaya pada beg tersebut.

"Saya kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya kerana curiga dengan isi kandungan beg berkenaan," katanya.


No comments:

Post a Comment