Friday, October 18, 2013

Dua Beranak Maut Nahas di Cheneh, Kemaman

Dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah pacuan empat roda bertembung dengan sebuah lori tangki, di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau- Jabor, berdekatan bandar Cheneh di Kemaman di petang semalam.

Kejadian berlaku kira- kira jam 3.30 petang apabila pacuan empat roda itu dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain di depannya tetapi bertembung dengan lori tangki berkenaan.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Latip Abu Bakar, 37, dan anak lelakinya berusia 5 tahun.

Dua beranak itu mati di tempat kejadian manakala isteri mangsa, Rohani Pangis ,29, cedera parah dengan patah kedua-dua kaki dan pemandu lori, Krishnan Nalathamby, 41, cedera di badan kini dirawat di Hospital Kemaman.

No comments:

Post a Comment