Wednesday, October 23, 2013

Dua Penjuru, Barisan Nasional Dan PAS, Di Sungai Limau

Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) bersalaman dengan Mohd Azam Abd Samat (dua, kanan) ketika menyerahkan borang pencalonan pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau ketika tiba di Pusat Penamaan calon di Dewan Dato Madi, yan di Yan pagi ini.
Menteri Besar Terengganu bermesra dengan penyokong BN pada majlis penamaan calon.
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding.

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said adalah di antara yang turut bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengiringi calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau di Dewan Madi, Yan, Kedah.

Beliau tiba kira-kira jam 7.30 pagi untuk menyertai perarakan BN yang bermula pada jam 8.45 pagi.

Muhyiddin (kiri) bersama calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (tengah) dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) yang tiba di Dewan Dato Madi, di Yan pada hari penamaan calon pada Rabu.



Turut sama ialah Ketua Deligasi UMNO Terengganu yang ditugaskan mengetuai jentera BN Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ketua UMNO Setiu.

Turut kelihatan ialah Ketua UMNO Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri  Idris Jusoh.Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995. Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

No comments:

Post a Comment