Wednesday, October 2, 2013

JPN Terengganu Sasar 10 Peratus Calon Dapat Semua A

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyasarkan 10 peratus daripada 22,497 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di negeri ini mendapat keputusan A dalam semua subjek. 

Pengarahnya Zakaria Husin berkata keyakinan itu berlandaskan prestasi kecemerlangan yang dicatatkan sebelum ini yang mengatasi Gred Purata Nasional serta pelbagai usaha yang dilakukan oleh guru dan pelajar bagi merealisasikan matlamat itu.

"Kita telah mengenal pasti dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran yang dianggap sebagai penghalang bagi pelajar memperoleh keputusan semua A dan kita telah mengambil beberapa insiatif bagi mengatasi masalah ini," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya JPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah serta para guru melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar bersedia sepenuhnya sebelum hari peperiksaan.

"Tahun ini, kita adakan program peningkatan prestasi Bahasa Inggeris membabitkan 1,600 pelajar di semua daerah bagi memastikan mata pelajaran ini tidak lagi menjadi satu penghalang bagi pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan ini.

Selain program Anjung Ilmu yang merangkumi program bimbingan dan tutorial di peringkat daerah dan negeri, jabatan juga memperkenal 'Program Takungan' membabitkan lapan kumpulan 600 pelajar dari 20 sekolah untuk belajar bersama bagi mewujudkan persaingan antara mereka mendapatkan keputusan cemerlang.

No comments:

Post a Comment