Wednesday, October 2, 2013

Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di Sepang Letak Malaysia Di Peta Antarabangsa


Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus yang baharu akan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa sebagai pusat untuk perkhidmatan kejuruteraan aeroangkasa khusus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Pusat itu terletak bersebelahan kemudahan Kejuruteraan Pesawat Sepang (SAE), mewakili peluasan jaringan global dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih pesawat penting khusus 24 jam.

Pejabat sedia ada yang menawarkan perkhidmatan ini terletak di Toulouse, Hamburg, Wichita dan Beijing. Bercakap pada majlis pembinaan hangar kedua di kemudahan SAE di Sepang hari ini.

Najib berkata, Malaysia ialah antara tiga negara terkemuka di Asia Pasifik untuk pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi perkhidmatan.

Hangar itu ialah usaha sama antara Airbus dan SAE, sekali gus menandakan peluasan tapaknya di Asia Tenggara.

Najib berkata: “Kita telah berjaya kekal berdaya saing kerana jumlah perniagaan di rantau ini, diikuti dengan kelebihan kita menceburi lebih awal ke dalam sektor ini dan khusus dalam modal insan pada kadar yang lebih kompetitif.

"Kedudukan kos kita yang tiada tandingan menjadi daya tarikan berkuasa kepada para pelanggan syarikat penerbangan. Malaysia juga telah mengenal pasti perniagaan MRO sebagai antara sektor dalam Perkhidmatan Perniagaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),” kata beliau.

No comments:

Post a Comment