Seramai 40 peserta bakal menyertai Konvoi Kembara Bahasa 2013 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2013 peringkat negeri, pada 9 Oktober ini.
Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Manakala majlis pelepasan konvoi bermula di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu juga pada 9 Oktober, kira-kira jam 9.30 pagi.
Konvoi yang akan berakhir di Merchang, Marang akan singgah ke setiap daerah yang menjadi laluan program itu untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat rakyat khususnya belia di negeri ini untuk mencintai bahasa kebangsaan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan buku-buku perpustakaan, kenduri bahasa dan deklamasi puisi.
No comments:
Post a Comment