Friday, October 25, 2013

Lelaki OKU Lintas Jalan Maut Dirempuh Kenderaan

Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas jalan di hadapan perumahan polis Padang Hiliran, di Kuala Terengganu, semalam

Mohd Zamzuri Mohd Ariffin, 42, cedera parah di kepala dan badan dan mati selepas hampir lima jam dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam kejadian pada 2.15 petang itu, Mohd Zamzuri yang mengalami sindrom down dipercayai baru keluar dari rumahnya di Kampung Dusun Melintang, kata jurucakap polis.

Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Sementara itu, seorang penjawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) maut setelah motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah van di jambatan Sultan Mahmud, di Kuala Terengganu, semalam.

Mangsa Moksin Bakhari, 58 maut di tempat kejadian apabila mengalami cedera parah di bahagian kepala. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Teluk Ketapang selepas melawat anak saudaranya di Kampung Chabang Tiga.

Bagaimanapun, ketika di tempat kejadian motosikal di tunggangi mangsa telah bergesel dengan sebuah van. Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment