Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menunda bot rakannya di Pantai Dasar Sabak pada 2 Oktober lalu ditemui selamat kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Perhentian semalam.
Abdul Aziz Daud, 58, dari Kampung Pulau Seratus, Tumpat ditemui pekerja Island Resort di antara Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah pada pukul 12 tengah hari selepas hanyut selama 19 hari.
Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pelancongan Kuala Besut pada pukul 3.15 petang.
Cerita Abdul Aziz, dia seolah-olah berada di ambang maut selepas botnya dihanyutkan sehingga ke perairan Vietnam.
No comments:
Post a Comment