Tuesday, October 1, 2013

Terengganu Catat 91 Kes Leptospirosis Dengan Tiga Kematian Setakat Ogos

Terengganu mencatatkan 91 kes leptospirosis (jangkitan virus kencing tikus) dengan tiga kematian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pada tahun lepas sebanyak 126 kes dilaporkan dengan lima kematian, manakala 2011 mencatatkan 161 kes termasuk sembilan kematian.

Kebanyakan kes berlaku di Kemaman dan Besut, katanya menjawab soalan Dr Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini Isnin. Katanya kerajaan negeri menjalankan pelbagai langkah bagi mengekang jangkitan itu termasuk melancarkan program kawalan tikus.

No comments:

Post a Comment