Anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat salah seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang lemas di air terjun Lata Tembekah di Besut, Terengganu, semalam. |
Ketua Polis Daerah Besut Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu mangsa yang lemas dikenali sebagai Vicky Vikneswaran a/l Balakishnan, 21, dari Sungai Petani Kedah, Jainathan a/l Umabathy, 21, dari Ipoh Perak dan Mohanraj a/l Madhanra, 22, dari Kuala Pilah.
"Semua mayat dijumpai tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan lemas oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu dekat air tingkat tujuh," katanya di Jertih.
Kamaruddin berkata mayat Vicky dan Jainathan ditemui pukul 2.20 petang dalam keadaan terapung manakala mayat Mohanraj ditemui pada 4.27 petang, kira-kira 10 meter dari tempat kejadian
Menurut Kamaruddin, kumpulan pelajar jurusan Teknologi Bioindustri tahun ketiga kampus UMK Jeli, Kelantan itu tiba tengah hari semalam, untuk menghabiskan cuti hujung minggu berkelah di kawasan air terjun berkenaan.
Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Kalai, 22, kumpulan pelajar itu tiba di kawasan air terjun, kira-kira pukul 12 tengah hari.
Katanya, pada mulanya mereka bercadang untuk mandi di tingkat dua, namun mangsa beria-ria untuk mandi di tingkat tujuh kawasan air terjun berkenaan.
"Ketika kami sedang leka mandi, ketiga-tiga mangsa beredar ke tempat yang lebih dalam.
"Tidak lama selepas itu, kami melihat mereka tenggelam timbul dan kami cuba selamatkan mangsa namun gagal kerana air di kawasan itu terlalu dalam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Panik dengan insiden yang menimpa rakannya itu, Kalai berkata mereka bergegas turun dan meminta bantuan orang ramai.
Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.
No comments:
Post a Comment