Monday, October 21, 2013

Petronas Rugi RM1.1b Untuk Prince Court?


Petronas rugi RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini selepas mensubsidikan sebuah hospital swasta mewah, dakwa Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut mendakwa Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara sedangkan ia merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar.

“Selain minyak dan gas, Petronas telah menceburi perniagaan dalam sektor hartanah serta penjagaan kesihatan melalui hospital mewah, Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur.

"Kerugian sebanyak RM1.1 bilion menunjukkan Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwa Zairil, kos pelaburan sebanyak RM544 juta itu tidak meraih apa-apa keuntungan.

"Berdasarkan laporan tahunan, hospital swasta ini menanggung kerugian yang cukup besar selama 10 tahun ini terutama lima tahun terakhir ini.

"2008 rugi RM111 juta, 2009 pula dua kali ganda RM192 juta kemudian semakin teruk pada 2010 dengan rugi RM450 juta. "Kerugian pada tahun berakhir 31 Disember 2011 pula mencecah RM1.08 bilion," dakwanya.

No comments:

Post a Comment