Saturday, October 26, 2013

Zulkifli Letak Jawatan Dalam DAP, GLC Negeri


Bekas naib presiden DAP Zulkifli Mohd Noor hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang dan Pengarah Global Tourisme, anak syarikat Penang Development Corporation (PDC).

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen, Bayan Baru dan surat rasmi mengenainya telah dihantar kepada pihak yang berkenaan, berkuatkuasa kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kenyataan medianya semalam, Zulkifli berkata beliau masih kekal sebagai ahli parti itu yang disertainya sejak 26 tahun lalu.


"Justeru itu tindakan yang saya ambil berkenaan adalah di dalam situasi suai munafaat berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin parti DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui Kerajaan Negeri.

"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini adalah tidak menyebelahi rakyat.

Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf "elit" sahaja.

"Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator," katanya.

Dalam kenyataannya juga, beliau mendakwa ungkapan kepimpinan berteraskan "Saidina Umar Abdul Aziz" adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti kepada rakyat.

"Justeru itu, saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," katanya.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment