Friday, November 8, 2013

Air Sungai Lebihi Paras Amaran, Terengganu Bersedia Hadapi Banjir

Terengganu kini bersedia menghadapi banjir selepas bacaan paras air sungai di beberapa kawasan melebihi paras amaran.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Mohd Sarif Hassan berkata paras air di stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemaman sudah melebihi paras bahaya kelmarin, manakala di Kuala Terengganu pula pada paras amaran.

Selain itu, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, MKN menjangka Terengganu akan menghadapi lima gelombang banjir bermula bulan ini hingga Mac depan, berbanding hanya tiga pada musim tengkujuh yang lepas, katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Katanya ramalan itu berdasarkan keadaan hujan lebat dan kejadian air pasang besar. Selain itu menurutnya sebanyak 198 kawasan dijangka terbabit banjir kali ini iaitu 30 kawasan di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Bilik gerakan akan dibuka sebaik banjir berlaku dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi hotline MKN di 09-6316021 atau 09-6222231, atau melayari laman sesawang di etindakan.terengganu.gov.my atau portalbanjir.mkn.gov.my untuk maklumat terkini tentang banjir.

No comments:

Post a Comment